Wednesday, September 19, 2012

Rindu Zaman Kanak-Kanak

duk sorang-sorang kat bilik ni, teringat pulak zaman kecik dulu kat kampung..lahir dalam keluarga susah bukan senang.tapi tu yang mematangkan saya..boleh basah pipi teringat yang dulu, tak semua merasa apa yang saya dan keluarga rasa tapi saya bersyukur sebab masih ramai lagi yang susah dari saya sekeluarga..
kalau dulu, makan kami berkongsi..ikan bagi dua, ayam goreng kecik kecik,cukup makan pakai serba sederhana...masa tu saya tak fikir susah pun, mungkin sebab kanak-kanak, apa la sangat yang nak difikirkan..apa yang saya tahu kami semua cukup makan, pagi pergi sekolah ma masak dan bekalkan makanan, tengahari balik sekolah ada makan, malam lagi ma masak pula..saya tak tahu kalau orang lain masih beranggapan tu tak cukup, mungkin tak sempurna, tak semewah orang kaya makan,.bag saya tu dah cukup marvellous..tapi zaman kanak-kanak adalah zaman terbaik saya.dapat merasa masakan ma sudah cukup puas hati..kami tak pernah merasa KFC yang dibanggakan tu, apatah lagi makanan Fast Food yang lain..
dulu memang makan sikit sikit, tapi cukup untuk kami makan 3x sehari..almaklumlah adik beradik ramai...
tapi sekarang semua dah berubah..
mungkin ni dikatakan rezeki Allah...saat tahu ma dah berhenti kerja tempat lama dia kes hasad dengki orang, rasa kesian sangat,.mana dia nak cekau duit untuk belanja saki baki adik beradik yang masih belajar, sampai dia sanggup kerja kat mana-mana sekali pun,..
rezeki memang Allah yang bagi, bukan dari TANGAN MANUSIA..dengan tetiba orang call untuk bekerja jd tukang masak.alhamdulillah.patutlah kami tak pernah merungut soal makan dari kecik dulu lagi, ma memang terbaik dalam masakan...hehe...
sejak daripada tu, makanan kat rumah melimpah ruah tak seperti saat kami kanak-kanak dulu,.keadaan sudah berubah...sampai makanan tu dah tak habis, siap ma berbagi kat jiran - jiran lagi..sape sape yang lalu depan rumah, pasti dapat sikit sebanyak mana yang ada..walaupun sekarang makanan dah banyak, kami tetap seperti dahulu, ikan dibahagi dua...sebab apa??sebab kami dilatih untuk tidak membazir, ambil nasi mengikut keinginan sahaja,.sebab tu jugak jarang kami tak habiskan nasi atau lauk yang dah terambil dalam pinggan..rasa bersalah dan kesian dengan rezeki jikalau tak habis...kemiskinan yang mengajar kami erti bersyukur.alhamdulillah sampai sekarang segala apa yang ma dan abah latih kami dulu tetap kami pegang dan sudah menjadi habit dalam diri..
kalau berjalan ke rumah kami, memang tak ada beza pun dari dulu, tetap buruk sama macam dulu,..tapi 'isi' kat dalam dah tak sama..biarlah apa orang nak kata sekalipun,...
ok dah..kalau nak bercerita, 1 malam pun tak habis..sampai peti ais yang dah berpuluh tahun kami pakai rosak kes tercabut pintu barulah kami beli yang baru,.peti ais yang lama kami sedekahkan pada yang lagi memerlukan,.cuma kena baiki je peti ais tuuu...biarlah buruk yang kami beri, tapi cukup untuk meringankan beban kawan tu,,masih berguna untuk dia....huhuhuhuhuhu...kami orang susah..kami merasa apa yang orang susah rasa,...kami bukan seperti orang kebanyakan yang serba serbi canggih bhai....

ok laaa nanti sambung lain...nanite!


Tuesday, August 14, 2012

SMSTMFP

#ini pengalaman, bukan fakta sepenuhnya ^_^

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Stemfarp a.k.a Faris)

Sebuah sekolah berasrama penuh di Kelantan, selain daripada Sekolah Menengah Sains Machang (Smach) & Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (Scipp). Dahulu SMSTMFP dikenali Sekolah Menengah Sains Kelantan..sentiasa bersaing dengan Scipp & Smach di Kelantan dan jugak sekolah berasrama penuh di Malaysia

Ketika saya dapat tawaran masuk ke school Faris, i'm totally zero..tak tahu langsung tentang sekolah ni..kebanyakan saya tanya kawan kawan yang lain pun tak tahu jugak..tapi Alhamdulillah bila masuk je sekolah ni, baru la saya tahu school Faris merupakan school elite di Kelantan.Students Faris dikenali sebagai "budak Faris"...daripada Form 1 hingga ke Form 5 banyak pengalaman yang saya dapat kat sana..yang paling common sekali bila masuk school ni:-

Form 1:- Junior
Form 2:- Junior - a bit mature
Form 3:- in the middle
Form 4:- close to Senior, Senior
Form 5:- Senior (respect haip haip) hahaha..

Form 1 & Form 2
- seminggu selepas Minggu Orintasi, dak Form 1 akan dipilih akak Form 5 untuk jadik Kak/ Adik BIM (BIM tu singkatan untuk BIMBINGAN lau tak silap) . .sebenarnya dipilih melalui undian, randomly kakak Senior akan bagi klu dalam kertas untuk adik - adik cari sendiri siapa kakak BIM dorang, time ni bebudak Form 2, 3 & 4 enjoy tengok Form 1 ke hulu ke hilir mencari Kak Bim masing-masing, semua ni berlaku kat asrama, waktu malam dan hujung minggu,..saya? tak ada Kak Bim sebab saya second intake, mostly Senior already taken, tapi time saya Form 5 pun saya tak memilih untuk ada Adik Bim, bila ingat balik menyesal pula...(Abg Bim tak pasti, tak ada rasanya..)
- Setiap malam minggu (seminggu sekali) Form 1 & Form 2 akan ada Usrah..
- Budak pompuan, jadik buruan abang - abang Senior yang nak test market..hahhahaa..mengushar aje keje,.
- Perlu kenal Senior e.g ingat nama.. ambil masa jugak tapi kebiasaanya cepat kenal sebab tiap - tiap hari jumpa, lagipun budak Faris tak da ramai sangat, setiap kelas ada dalam 30 orang, satu form ada 5 kelas, pastu ada 5 form, dlm 750 students pastu setiap 2 tahun sekali form 4 baru masuk, tambah 2 kelas..lebih kurang dlm 800 - 850 students..tapi ni 7 tahun yang lepas..sekarang saya tak tahu masih macam ni atau tak..rindu nya...
- takutkan senior espesli Form 5 & Form 4 (tapi ni saya la, orang lain tak tau;p) hormat sangat dorang..pernah 1x, jalan nak pergi toilet nampak dari jauh abang senior yang femes dengan perangai nakal **set mege (tak tahu pegang apa) hahaha..nampak je dorang dah kecut perot, rela melalui jalan jauh ikut taman tak nak bagi selisih. sampai macam tu sekali,.tu awal - awal la...senanye dorang tak kacau pun,.sebab takut punye pasal..
- regging? Kakak Senior tak ada, since saya form 1, tapi kena sentiasa hormat dorang..jangan cari pasal. lau tak konpom kena cop **mark, tapi bebudak laki tu ada la kot..no comment

Form 3
- Mostly focus on study sebab masa Form 1 & Form 2 dah banyak berpoya-poya..
- Usrah pun tak da dah..wat pandai sendiri.fokus on PMR..kebanyakan baik - baik lagi nih,..hahaha..ada sorang dua ja yang wat pala...(time ni ponteng kelas bahasa Arab, balik asrama makan megi, share 4 orang, agak waktu da abis, kitorang balik kelas, tapi nak jadi cerita silap kitorang ikut tangga untuk cikgu je sebab nak cepat, terserempak dengan ustazah (Ustazah Noraziah) yang baru keluar kelas, amekaw kena cubit kaw punya..da la ustazah femes dengan cubitan berbisa dia..hahahahaha..dalam kenangan...)
- After habis PMR, kitorang kan duk asrama tak leh ponteng sekolah sesuka hati macam sekolah harian, jadi nye masa terluang dihabiskan kat dewan kuliah dan ikut program yang cikgu sediakan, time ni dah rasa bahang untuk menikmati 'honeymoon year' hehehehe..

Form 4
- Honeymoon Year!!! tapi sentiasa beringat sebab the next year is 'Killing Year' hahahaha...SPM
- Rapat dengan Senior,..kalau Form 5 busy, Form 4 incharge, jaga adik - adik,.contohnye perkhemahan, Form 1, 2 & 4 je yang terlibat, so Form 4 ambil peranan la...hihi stat nakal..
- maintain 'cool' sebab dah jadi senior kann...time ni mostly dah kenal sangat dengan senior, satu tingkatan pun dah kenal, very close sangat..bebudak junior pun kenal jugak lebih kurang (Form 3 & Form 2 mostly kenal, Form 1 sikit - sikit ja)
(tahun ni saya kantoi ponteng jugak, kantoi tak pegi aktiviti beruniform, time tu puasa sunat dan agak penat sedikit, kantoi dengan Lord Z pulak tu..kenangannnnn...) # time ponteng tu la nak kantoi nye..

Form 5
- Tahun akhir, menjadi senior...hurmmm sebenarnya biasa je jadi senior, cuma beza nya adik-adik hormat kita lebih lagi...rasa lagi bertanggungjawab terhadap adik-adik junior...rapat dengan guru-guru semua...uishhh kenangan lagii...rindunyer....
- Tahun kitorang, regging dah kurang sangat...sebab masa tu Pengetua, tetapkan syarat, "Touch N Go",..U Touch U Go..Kih Kih Kih...sampaikan ada a few budak Junior ni salah sikit je mengadu kat cikgu kan kan kan...hhahahhahahha...
- pejam celik pejam celik tak sedar tiba masa dah tamat tempoh pengajian di Faris...pengalaman & kenangan yang tak mungkin dapat dilupakn sampai bila-bila....


Tugasan harian di Faris:-
1. bangun pagi solat subuh jemaah, tak dibenarkan solat dalam dorm!!!
2. sarapan kt dinning (dewan makan), if nasi lemak senior yang sentiasa keluar lewat pagi akan gigih keluar awal sebab nasi lemak memang TERBAIK!
3. Ahad, assembly dalam dewan..hari lain, Roll Call kt luar..brainstorming..urghhh kenangan..ada yang kuciwa lau nama tersenarai kt board asrama termasuklah saya..hehehehe
4. kelas tamat pukul 2, time ni berebut ke dinning padahal da siap susun atur elok mengikut dorm...
5. prep petang,...
6. petang, bersukan...makan malam pukul 6,...
7. prep malam...
8. malam pukul11.30 dah kena tutup lampu, tak leh keluar bilik kecuali form 3 & form 5...tapi ada yang gigih curi-curi keluar melepak bilik kawan bila warden dah tak ada.espesli form 4..hehehe
9. hujung minggu hari jumaat, prep macam biasa pagi dan petang, tapi family dibenarkan datang dan berkelah di kawasan sekolah (paksa mak datang dari jauh dengan adik-adik naik bas, sebab tengok kawan-kawan, lepas tu tak bagi mak datang dah sebab susah payah dia datang dari jauh, time tu form 1..after tu dia ada datang kejap-kejap hantar barang macam tu je..sedih TT.TT) - hari jumaat, hidangan nasi yang terbaik, samada nasi minyak atau nasi ayam...sedappp...kadang-kadang dapat aiskrim..
10. sabtu, lau tak balik kampung kitorang dapat outing,.lepas inspection dorm, keluar pegi cari nasi kerabu dengan ABC kat hujung corner sekolah..wat balik berbakul..senior kirim lagi ..huhuhu..kenangan...
11. hantu?? hahaha..ada dengar tapi tak pernah mengalami kat asrama tuu...
12. jump (lompat pagar) ni kes bebudak laki,,
13. mentor mentee - setiap dorm ada mentor (guru) dan ahli dorm adalah mentee..my mentor Pn Faridah
14. sebulan sekali dapat balik rumah,.time ni la nak tidur puas - puas sebab rasa kat sekolah tak leh tidur cukup (saya la, sampai sekarang suka tidur banyak hahaha)
15. KOT, saya rumah Razak..besss aktiviti yang paling diingati untuk setiap Form 5, sebab Form 5 yang incharge untuk rumah sukan masing-masing.design baju, logo, cheers and trademark masing-masing.hehhehee...


#kenangan saya yang mungkin sama dengan kenangan awak jugak wahai Ex-Farisian, jika ada yang tersalah taip atau tafsir ampunkan saya, sila tegur.. ^_^


Saturday, June 23, 2012

U Complete Me


All of U Complete me and my Life dearest Mom, Siblings, Friends in 'Sweet & Sour' time, and oso my Lovely Future Husband...
Please dont leave me alone! I really need U all...
Thanks for being a part of Me...
I'm very grateful to have U in my Life 
TT_TT


Friday, April 13, 2012

Kasih IBU

Ya Allah,.
Panjangkan lah umur MA..
Berikanlah dia kesihatan yang baik se maksimumnye
Izinkan lah dia dalam keadaan yang terbaik dari segi fizikal & mental..
Berikan Kami anak-anak peluang untuk membalas segala apa yang ma lalui selama hidupnya 44 tahun di muka bumi Mu ini...
Kami hanya ingin yang terbaik buat dia..
Biar terbalas segala perit jerih yang dilalui dia semenjak kecil lagi...
Dia langsung tidak membenarkan kami merasa apa yang dia rasa semasa dia kecil,..
Dan kami mahu dia mengecap bahagia setelah kami dewasa..
Kau peliharalah dia Ya Allah..
Aku memohon, Kami memohon kepada Mu ..
Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana . . .
Peliharalah dia dari segala bencana dan malapetaka..
Hanya dia yang aku pinta...
Perkenan kan lah Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat merindui Ma...Aminn Ya Rabbal Alaminnn...

Sedekah kan doa buat Ma & Arwah Abah,..
~ Rabbi fir lana, zunu bana wa li wa lidayya War ham huma kama rabbayana sorigha~
**mungkin lain dr segi rumi dan jawi

mood:- homesick!


Tuesday, November 29, 2011

Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.

Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu"

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Thursday, November 24, 2011

Lirik OST Tentang Dhia


Artis: Adi Putra
Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu
Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

 p/s: |TV3|isnin - khamis jam|7pm|happy watching|

Sunday, November 20, 2011

SPM paling tragis!

dalam reramai adik beradik,
hanya Jiehah yang punya kenangan paling tragis saat mengambil peperiksaan SPM,
yang mana dia telah eksiden di tengah jalan raya after pulang semula ke rumah untuk mengambil IC yang tertinggal kat rumah.
masa tu jalan licin cuz hujan renyai-renyai..
kepala terhentak dan tak sedarkan diri beberapa jam di hospital..
after sedar je, peperiksaan di jalankan dlm wad..beberapa kali tersengguk-sengguk akibat tak sedarkan diri..
beberapa kertas terpaksa ambil di dalam wad,..
alhamdulillah keputusan SPM memberansangkan dan setakat ni paling tinggi mendapat A dlm keluarga (lebih 1 ja dari aku;p)

dis dedicated to Adik, d only and da last person taking SPM in family, hope u do well in ur SPM.
gambatte!
make a good finished up dear lil brother..


Thursday, November 10, 2011

Masa Couple Sebelum Kahwin..





1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.


2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?



P/S : Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja



Friday, October 21, 2011

Bakal Pengganti Arwah..

Sebelum sy teruskan nukilan ni, sama² hadiakan al-fatihah buat Arwah Abah yang sudah meninggalkan kami sekeluarga selama mencecah 14 tahun akibat penyakit yang dialaminya..sesungguhnya kami amat merindui Arwah dan berdoa agar Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman kepada Allah S.W.T..

Semasa hidupnya di muka bumi Allah ni, Arwah merupakan seorang tukang jahit dan walaupun tidak berpelajaran tinggi Arwah mengembangkan kerjayanya sebagai tukang jahit di Tanah Suci Mekah untuk rakyat Malaysia disana tapi mungkin ramai yang tidak tahu. Hasrat utamanya adalah untuk mengumpulkan wang demi membawa kedua orang tuanya ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat haji..Bertahun Arwah disana bertungkus lumus dan akhirnya penantiannya serta harapan tercapai..Arwah pulang ke Malaysia dan menetap disini setelah berkahwin..namun tahun 1997 merupakan tahun akhir buatnya dan kami tabah menerima pemergiannya..

Hasrat Ma untuk anaknya mewarisi kepakaran Arwah nampak pudar sebab tak ada seorang pun berminat ke arah itu. Mesin jahit terbiar dan jika perlu Ma akan gunakan sebab Arwah pernah ajarkan Ma buat baju kurung untuk anak-anak..cuma baju melayu tak sempat dipelajari oleh Ma..

Kami membesar dari tahun ke tahun,.semasa pemergiannya kakak sulung tingkatan 1, sekarang 2011 adik bongsu tingkatan 5..begitu cepat masa berlalu dan hasrat Ma mula bercambah..dalam tak sedar ada diantara kami mula mewarisi bakat Arwah..dia mula menunjukkan minat dalam bidang jahitan dan hasil jahitan yang diperoleh turut memuaskan walaupun hanya sekadar me'alter baju, seluar, beg, atau aksesori lain.

Dia pun dh nyatakan hasrat kt Ma untuk masuk kelas menjahit bagi belajar menjahit baju pula..sy berharap sangat hasrat ni tercapai dan bukan sekadar di mulut sahaja..sy pn ada try menjahit tapi x secermat dia,.jadi rasanya xda bakat ke arah itu..bukan adik-beradik perempuan, tapi adik lelaki.mmg sesuai sgt mewarisi kerjaya Arwah..Ma pernah kata dari gaya dia berjalan, duduk, makan, menyorak saat tengok bola sebijik mcm Arwah..

Moga hasrat Ma tercapai dan legasi Arwah tercipta..bak kata pepatah " patah tumbuh hilang berganti "


Amin...

Wednesday, October 19, 2011

Doa Kesyukuran..amalkan..

bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..
janganlah membongkak diri..
kerna segala apa yang kita miliki adalah milik- Nya..
daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita pergi..


DOA KESYUKURAN :-

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"



atau :-




رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)




fikir-fikirkanlah...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...