Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.

Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu"

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Wednesday, October 19, 2011

Doa Kesyukuran..amalkan..

bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..
janganlah membongkak diri..
kerna segala apa yang kita miliki adalah milik- Nya..
daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita pergi..


DOA KESYUKURAN :-

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"



atau :-




رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)




fikir-fikirkanlah...





Sunday, December 12, 2010

hold my hand...

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
            

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

pejam celik cepat tol mse blalu an,..skrg ni dh pn bln12,.dipnghujung tahun 2010 dn kita akn mlgkah ke tahun baru iaitu 2011,..

tapi korang tau x,.esok kita akn mnyambut Maal Hijrah..salam hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia..so, jum la kita pakat bc doa akhir tahun dn awl tahun sbg penutup dn pmbuka agar hdup kita dberkati oleh-Nya..
doa akhir tahun



maksudnye:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini” 
 doa awal tahun

maksudnye:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

  cara-cara:

  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa akhir tahun ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Sesiapa yang membaca doa awal tahun ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Monday, November 15, 2010

selamat hari raya AIDIL ADHA

....i ucapkn wt semua umat muslim diseluruh dunia,..

"happy eid idul adha :) "

insyALLAH akn kita sambut pd 17hb 11 2010 nnti,..

n lusa pg i akn balik kampung..

besssss....






p/s: sume picxa i google keyh,..hehe

Sunday, October 31, 2010

PIALA MALAYSIA 2010 - KELANTAN

tahniah wt pasukan The Red Warriors cuz dh mnjuarai Piala Malaysia 2010, xsia - sia pnyokong Kelantan memberi sokongan y btol2 mantap,.kemana Kelantan lawan, ke situ la penyokong TRW pergi..
tahniah..
n esok utk negeri Kelantan cuti..
kalau dulu Kelantan kalah n bakar kerusi, tapi Kelantan dh ambil ikhtibar pd insiden trsebut,.tp kmana Klantan pergi,tetap kena cemuh dengan negeri lain..
tapi hanya 1 pegangan rakyat Kelantan, kalau org x kacau Kelantan, mereka pn xkan kacau org...
bak kata pengacara TV1 td "....pelbagai dugaan dan CEMUHAN yang diterima oleh pihak Kelantan..."
dan malam ni buktikan Kelantan betul2 boleh,..
jangan cari salah Kelantan lagi....
TAHNIAH KELANTAN!!!










[n tahniah gak penyokong TRW hampir 70-80% dlm stadium]


Tuesday, October 26, 2010

ROSMAH MANSUR,sila minta maaf kpd umat ISLAM

arkkk pe da jdk ng wife PM kita?i xbpe nk tau bab2 pemerintahan o politik n sewaktu dgnnye,.tp pe y i tau skrg duk heboh suh beliau mtk maaf...
pnh dgr sal IFF y dinaungi oleh DATIN ROSMAH MANSUR?? y tu jdk kontroversi dan tlh mnaikkan amarah sstengah pihak khasnya umat Islam kt negara ni...
apa y mnyebabkn kontroversi korang tgk gmbr2 ni..lau dh tgk xpela..lau lom tgk2 la yek n bg pndapat..huhu...







sume ni i dpt dr page kt fb,.klik sini dan juga sini
so, i xdela pcya bulat2 kt page tersebut, tp ble pegi ke website iff tu ragu2 la jgk..
da y ckp y baju biru hina NABI S.A.W tu wt kt monte carlo..
y kt M'sia punye 5/11/10.
so sme2 la kita nantikan..bukan nk mngutuk tp ble dh mlibatkn agama,bnda ni xleh nk wt main - main..

p/s: takut lak tgk pic y last tu..huhu...



Thursday, October 21, 2010

composite 's factory

melawat kilang area Juru, Penang..
relate pd course about thermoplastic and thermoset..
projek y kilang ni wt sgt sgt masyuuukkkkksss...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[ ni ler kilangnye..kecik dlua besau didlm.projek y dhasilkn pn masyukkksss]

[ taklimat dr Prof Abdul Khalil Shawktaly cpt google;p n wakil syarikat]

[syok dgr taklimat,.blurrrr ahhh]

[ada y gelap, salah lighting hokai;p]

[pallete-wpc..mahal duh.slh 1 produk y dhasilkn syrikat ni]



[kita bjaya melawat kilang,hoyeahhh!!! tahniah..kontrobersi jek pic nih;p]




  • gmbr lam kilang xleh hamik,.i dpt snap 2keping tp ase x amanah lau post kt sni..sory..rhsia syarikat..huhuhu


  • ase cam i xpnh glamer la lam blog sdiri..hahahaha...1st time uplod gmbr scra terang-terangan except kt sidebar ni;p 













Tuesday, October 19, 2010

jangan hina BUDU

agak kasar title tp kasar ker??no da certain people suka duk keji budu,.
cakap busuk la hape la an..
tp hormat la mknn org kita,.
lau xsuka mkn wt cara xsuka mkn
perlu ke nk keji mknn??
x baek tau keji mknn,.ok wat budu??
my frens y bukan Kelantan rmai y suka budu.
tp ye la xsume y suka, xpaksa utk suka budu
tp 
JANGAN HINA BUDU



[ mat saleh pn da budu dia sdiri tp xpggil budu la,..]


“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

* Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.

* Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.

* Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.

* Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.

* Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.



so,.korang pk la sdiri...

p/s: info kt fb kwn..

Sunday, October 17, 2010

subjek plg ssh di universiti??


i ingat i jek y stdy ssh an,,ngan esaimen y byk,..upenye da ag plg teruk...
korang tgk kt gmbr kt bwh..
.
.
.
.

[ pnuh kt black board kut;p}


hahahaha..
btoi ke idak ntah pic ni;p lau gni gaya tobat x hamik subjek 2 daaa...
papepn korang..struggle!!!

esaimen bertimbun.

mmg byk gile homework y perlu kn wt,..ase xsempat jek..naseb byk y by grup..lau wt sensorg i ase mmg sgt xsempat...

tmbh ag dh final year,.mcm kn wt..seb i x amik fyp dis sem..lau x ag bz la jwbnye...

ha nah antara list esaimen n test y i kn wt :(



1. lab report for bio-resource (3 reports)
2. lab report for papers (3 report)
3. application for water-soluble alkyd resin
4. articles for natural fibres
5. self-reflection for basic pshycology
6. workshop project.
7. report for workshop project n presentation
8. test for math
9. test for lab bio-resource
10. test for lab papers

arggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

leh biol pala ni an an..sape sape y final year tu leh tau la ase cane,.or korg pn bz lbh dr i xtau la...
ni br alam study,..alam keja ag teruk pe??


about 2 / 3 weeks more nk exam..jum struggle weh..huwargggghhhhhhhhh






Friday, October 1, 2010

JANGAN SAMPAI TERBELI BUKU NI,TERPESONG!

sila klik kt gmbr utk baca ng jelas..

[ni ker imej adam dn hawa??rmbut perang n xpkai tdung / xttp aurat?]

 [tgk kt ats bwh pd tajuk; mrujuk drp bible]

[unsur Kristian n Islam dcmpur-adukkan]

 [ALLAH mberikn anaknya kpd MARIA utk diasuh??]

  ****************
 **************
**************
 *
 ***************
 ****************
 **************
 ************
*************
 *****************


jgn smpai terbeli buku ini utk anak anak,.amat terpesong,..baca sket pn dh leh tau buku ni terpesong, 
xsama dgn kisah2 nabi y dceritakn mse kte2 kecik dlu,..
n naya lau da children read dis!!
mnurut sumber, buku  ni ada djual kt area kuala lumpur n tajuk buku ni xdpt dpastikan,..
mst emmm agk agk tajuk kisah-kisah nabi..


Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, jangan... lah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” [TMQ al-Maidah (5 49]

p/s: sila sebarkn n lau nk c0py di alu-alukn.

Tuesday, August 31, 2010

tafsir PUASA


Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya b'mksud menahan diri n dari segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan meningkatkan sikap murni di dalam diri pelakunya. 


Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."




p/s: selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dn muslimat.jdkn ramadhan kli ini adalah yang terbaik drp sebelumnye.


p/s: petikan diats d'ambil dr wikipedia.klik utk baca seterusnya...

Monday, August 30, 2010

merdeka merdeka merdeka



wah wah wah..tajuknye smp 3x i taip 2;p hee..smgt au nk smbut mrdeka y ke 53 dlm hnya bbrpa jam ag.wee...bes bes..da 31 ogos yekk..tgk pic la cantek an..sori bkn i edit;p hehehehe..i dh dgr bunyik mercun n bunga api dh kt usm ni..tp i xkua smbut la merdeka..sume kwn2 senyap jek..duk bilik ag bes p jln2 up trffic an.heehehe...
btw, hargailah kemerdekaan y kita kecapi hr ni, jgn skali lg kita dijajah oleh penjajah sperti zaman dahulu,.penat lelah nenek moyang kita pertahankn negara ni then kita generasi baru perlu lg kuat benteng pertahanan negara kita, MALAYSIA TERCINTA!!!
n perlu diingat, penjajah zaman sekarang bkn menjajah spt dahulu tp dgn pelbagai cara tmsuk media jgk..so jgn kita mudah terpedaya dgn negara penjajah ni..
hurmm pnjg lebar i kn..haha..da bakat x??hihi
td duk google, i jmp 1 web ni,.khusus utk kemerdekaan MALAYSIA y ke 53.
jum jum rakyat MALAYSIA kita pakat sggh tgk jp


ha kt ats ni..i bg korg link 2,.p la tgk, da info y mnarik..lau nk wt esaimen sejarah pn leh jgk,.amik kt ctu jek..hehhe..ok la cayam2 sekalian..t i hupdate ag..okai..babai 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...